Kisah wanita ~
Kisah wanita yang tidak mahu
berkahwin
tidak di lebelkan nabi sebagai menolak sunnahnya
Di rekodkan oleh
Abu sa’id al khudri r.a : katanya seorang lelaki datang mengadu kepada
rasulullah s.a.w kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin” nabi berkata kepada
anak gadis yang di maksudkan “ikutlah
cakap ayah kamu itu”
Jawap si gadis
tersebut : “ saya tidak akan berkahwin sehingga Rasulullah S.A.W , menyatakan
apa tanggungjawap saya sebagai isteri?”
Baginda rasulullah
s.a.w menjawap :” jika suamimu berkudis
lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu maka perbuatan itu tidak wajar di anggap
sebagai keterlaluan”
Jawap si gadis itu
:”Demi Allah ! kalau begitu beratnya tugas isteri , aku tidak akan berkahwin
selama-lamanya”
Sabda nabi s.a.w
kepada bapanya ,” janglah engkau paksa dia berkahwin , biarlah dia membuat
keputusan sendiri”
Sebenarnya yang di maksudkan oleh rasulullah s.a.w berkenaan tugas
isteri , itulah juga yang di maksudkan kepada suami yang berasa jijik merawat
kudis-kudis isterinya , atau menganggap isterinya hanya pada waktu sihat sahaja
, maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja , sesuai dengan nasihat
rasulullah s.a.w yang bermaksud “sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa , kerana puasa menjadi
pengikat nafsunya” (muttafaq alaih)
Larangan menyakiti
isteri ~
Rasulullah s.a.w
berkata : “Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya ,
tidakkah malu orang yang memukul isterinya seperti memukul budak di pukul di siang hari dan di gauli di malam
harinya?”
Baginda sangat memarah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya .
rasulullah s.a.w menegur “ mengapa engkau memukul isterimu??”
Lantas soalan itu dijawap dengan agak gementar “ isteriku sangat keras
kepala . sudah diberi nasihat dia tetap berdegil jadi aku pukul dia”
“aku tidak bertanya akan alasanmu , aku menanyakan mengapa engkau
memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu ??” sahut rasulullah s.a.w
Rasulullah s.a.w juga berkata : “yang terbaik antara kalian adalah yang
bersikap paling baik terhadap isterinya”( hadis riwayat imam tarmidzi dan nasai
)
Nabi menegah
memukul isteri sesuka hati . baginda menyandarkan mereka kepada Allah dengan
panggilan “hamba-hamba Allah di kalangan wanita” sebagai gesaan supaya kita
patuh kepada Allah s.w.t dan berwaspada daripada melampaui batas . nabi s.a.w berkata yang bermaksud:
Daripada iyas ibn ‘abdillah ibn Abi Zubab berkata sabda rasulullah s.a.w : “janganlah kamu
memukul hamba-hamaba Allah di kalangan wanita”









.jpg)