Thursday 11 September 2014

salam perantauan

Anugerah terindahku~

Salam perantauan……

      Pengalaman menyambut ramadhan dan syawal di perantauan bukanlah pengalam pertama aku di sini, sudah kali ke 2 menyambut syawal di sini
“Jordan” tanah yang mana tempat kami semua mahasiswa /wi menyambung pelajaran dalam bidang addiniah. Walaupun syawal tanpa keluarga hati kami tetap meronta-ronta untuk pulang ke Malaysia. Tetapi Alhamdulillah , bagiku pengalaman ramadhan dan syawal di perantauan kali ini sangat berbeza.bersama dia aku mampu kuat mengharungi hari2 tanpa mak abah di sini.

    Selepas setahun hidup menjadi seorang isteri, aku kini memiliki keluarga yang semakin besar dari sebelum ni, memiliki keluarga kawan2 di Jordan yang juga seperti kami, keluarga kecil ini lebih mengisi kekosongan kami di sini.

KEKUATAN

   Hidup perlu menjadi kuat itu perlu pada hati , aku bukanlah insan yang kuat , tetapi cuba untuk kuat menjalani kehidupan , pengalaman menguji kekuatan ku saat hilagnya permata dari hidupku, sunguhpun aku sedih, aku yakin dia(suami) juga turut sedih. Dia ada buat aku kuat, kandungan 6 minggu tak dapat di selamatkan, walau hanya 6 minggu, aku berasa ia wujud. dia ada tanpa ruh, tetapi aku yakin dia ada, di saat itu aku yakin Allah pasti mengatur sesuatu yang lebih indah , in shaa Allah…

KETABAHAN

     Istilah bagi sesiapa yang tidak pulang ke Malaysia “sekuatabahjordan” hahah… kami lah tu sekuat tabah tu, setia menjaga Jordan yang sedia terjaga oleh askar2nya . memang perlu tabah ya kalau duduk di Jordan? Di sini jawapanya ya! Anda perlu tabah .. mengadap perangai-perangai orang Jordan yang pelbagai ni, ada yang baik, baikk sangat, ada yang kurang tu… wallau3alam.. atas nasib masing2, aku sendiri terkadang rasa seperti mahu menjerit bila berurusan dengan arab. Istiqfar banyak2 lah kalau dah tak nak gaduh dengan depa….

Hrm…. Sampai sini saja coretan si perantau untuk hari ni

Eeehhh…. Ada lagi.. Alhamdulillah 6/sept/2013 ~~6 /sept /2014 dah genap setahun kami berumah tangga. Tq pada yang mendoakan… baby coming soon… in shaa Allah bbubyee…..

belanja gambo raye sikit...


Sunday 17 November 2013

Sebarkan Bahagia ^_^

muhasabah kehidupan


                                                 with love for ever lillahita3ala
  
                                                            kasih ke syurga
                                                             jamiah al albayt mafraq
               
muhammad farhan aminuddin.. 

Monday 11 November 2013

Anugerah Terindahku~4~




kau cintaku dunia akhirat~

kini hatiku sudah di miliki,
sepenuhnya di miliki oleh insan bergelar suami..
alhamdulillah,
bahagia yang Allah pinjamkan ini ku hargai,
taat setia hanya untuk dia dan Dia....

awal pernikahan,
aku tidak menyangka dia “jodohku”
kerana dia terlalu baik bagiku,
terlalu sempurna di mataku,
sedang aku lemah dan kaku saat itu,

menjadi miliknya adalah anugerah bagiku,
semakin hari cinta ini semakin mekar,
kami melalui fasal demi fasal seperti insan lain,
ada salahku, di betulkan,
ada lemahku, di beri kekuatan
Allahurabby, terasa malu kepada Allah
Atas anugerah ini, terima kasih Allah.....

Ku simpan jauh cinta ini dalam hati ku,
Jauh dalam di lubuk hatiku,
Biar ia dalam sedalam doaku ...
Berharap agar ia terus kekal menjadi kekasih dunia dan akhiratku,

Cemburu?
Sifat ini ada pada semua,
Walau seorang kekasih Allah turut punya rasa cemburu,
Kerana itu fitrah, bukan fitnah!
Cemburu andai nanti aku x mampu menjadi bidadari untuknya,
Walau aku mahu menjadi ketua dari berjuta bidadari,
Andai dia soleh ya Allah, jadikanlah aku solehah,
Biarkan kami semadikan cinta kami dalam syurga yang Abadi,

Ameeen..... untuk suamiku~


Mujahadahmujahid2013

Sunday 10 November 2013

Anugerah terindahku~3~

Catatan 3,




                                                       BismillHirahmanirrahim,
ya Allah ya rahman,
dengan sifat kasih dan sayangMu,
dengan sifat maha Pengaunmu,
hambamu memohon sulus hati ini,
mendambakan kasih sayangmu,
dan keampunan mu ya Allah ,

Dalam melayari bahtera ini,
Kami mencari perhentian terbaik untuk kami,
dalam menjalani kehidupan ini,
kami mencari keberkatan ilahi,

Ya Allah kuatkanlah suamiku,
agar terus kuat membimbingku,
terus ikhlas mengajarku,
terus setia menemaniku,

Kuatkanlah dia agar terus menjadi pengemudi bahtera kami dunia dan akhirat ya Allah, Allahummaamin,

suamiku,
sayang bersaksi bahawa abang sudah menjalankan tugas yang baik selama perkahwinan ini, abang dah menjadi insan yang bertapak kukuh dalam hati sayang,sayang akui tiada yang sempurna di dunia ini kerana dunia yang kita huni ini hanyalah persinggahan sementara menanti yang abadi,

suamiku,
Abang jangan pernah penat mendidik sayang kerana sayang perlukan orang yang ikhlas dan kasih dalam mendidik sayang, terima kasih abang atas segalanya, sayang cuba untuk menjadi isteri yang baik buatmu,

ameen ....




Saturday 9 November 2013

perkahwinan dan kesempurnaan




YA ALLAH, AKU CINTA PADANYA…

“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”

Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis. Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa berbincang bersama kedua ibubapanya…

Anak : Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya, cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit mimpi.

Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya… Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si bapa yg berada si sebelahnya).

Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah, sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu… InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…

Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu, abah… Along cukup menghargai jasa ibu dan abah selama ini terhadap along. Ibu, gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……

Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?

Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa solehahnya gadis itu ?

Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya. Isterinya kemudianya membalas senyuman itu).

Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama  muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.

1. Sejauh manakah along telah mendalami 3 bidang ilmu ini ?

Ada 3 bidang ilmu dalam kerangka Islam iaitu Ilmu Aqidah, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tassauf.

Abah lihat ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hukum hakam dalam ibadat wajib namun pada masa yang sama turut melakukan perbuatan-perbuatan syirik.

Along, sebagai pemimpin keluarga, jika tidak lebih, sekurang-kurangnya perlu setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh isteri kita. Bukankan kita pemimpin untuk dirinya ?

Kalau tidak salah abah, sewaktu di sekolah pondok, along diajar mendalami kitab Anak Kunci Syurga, kitab Muhimmah dan Penawar Bagi Hati kan ?

Abah lihat di kedai-kedai buku sekarang sudah ada yg telah diterjemahkan ke dalam tulisan rumi. Kalau dahulu semua ini di dalam tulisan jawi dan bahasa arab.

Kalau along nk mengingati kembali huraian kitab-kitab itu, abah lihat banyak video-video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan Ustaz Shamsuri Ahmad mengenainya di dalam youtube.com. kalau nak dengar mp3 pula abah lihat ada di mymaktabaty.com.

Kitab ni kita tidak boleh pandai-pandai nak baca sendiri. Boleh jadi tersasar pemahaman kita. Ialah kan, bahasa yang digunakan pun bahasa lama. Kenalah mencari guru untuk mengajarnya.

2. Bagaimanakah dengan keadaan fizikal dan mental along? Berkahwin bukan sahaja untuk menyalurkan kehendak fitrah pada jalan yang halal, tetapi juga medan yang penuh dengan komitmen. Anak along misalnya, boleh menjadi sama ada amanah yang menguntungkan atau fitnah yang membinasakan. Along juga perlu menjaga keperluan zahir dan batin isteri. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat juga perlu dijaga.

Along sebagai anak perlu juga tidak membelakangi hak-hak ibu, abah dan kedua bakal mertua along. Terimalah mereka sebagai sebahagian dari keluarga along ye. Kerana pernikahan juga merupakan proses untuk menyatukan dua keluarga.

3. Adakah along menyedari bahawa kehidupan kita ini tidak pernah sunyi dari masalah? Abah bimbang along terjerumus dengan khayalan bahawa ke semua yang kita rancangkan akan menjadi sempurna seperti yang diharapkan. Sedarlah bahawa ke semua ini berada di bawah qudrat dan iradat Allah S.W.T.

Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.

Along, boleh jadi selepas kahwin. Isteri along tidak lagi secantik seperti sewaktu di awal pernikahan. Komitmen terhadap tugasan juga adakalanya boleh menjadi punca regangnya hubungan yang sedia terbina. Boleh jadi along atau isteri ditimpa musibah, sakit misalnya. Ketika itu, adakah along tetap akan menyayangi isteri sepertimana di awal pernikahan ?

Boleh jadi juga ada unsur-unsur cemburu dan khianat terhadap kebahagian rumah tangga along. Boleh jadi hadirnya orang ketiga. Boleh jadi tomahan-tomahan dilemparkan. Boleh jadi juga ada yang begitu kejam sanggup menyihir keluarga along. Bersediakan along untuk itu ?

4. Tahukah along apakah dia rahsia keluarga yang bahagia ? Keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai unsur – unsur syurga dan sifat – sifat mahmudah di dalamnya. Apakah unsur – unsur itu ?

Antaranya ialah kejujuran dan kebenaran. Jujurlah pada pasangan. Jangan berahsia dan berkata benarlah sesuatu perkara yang mana jika tidak diceritakan terlebih awal akan memudharatkan. Elakkan pembohongan meskipun di dalam gurauan.

Selain itu sentiasalah bermusyawarah bersama ahli keluarga. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersedia memimpin dan dipimpin. Yang lain-lain abah pasti along sedia maklum bukan ?

Along, perkahwinan merupakan sesuatu yang mengikat kita kepada suatu komitmen yang besar. Jika along masih mengingini peluang untuk ke sana ke mari menikmati kebebasan bagi melakukan aktiviti atau perkara-perkara yang disukai, perkahwinan akan menjadi sesuatu yang lebih membebankan.

Bersedialah untuk mengubah cara hidup agar sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul. Abah yakin dengan kemampuan along untuk itu.

Anak : Terima kasih abah dan ibu. Along berjanji akan menjadikan nasihat tersebut sebagai panduan untuk mengemudi kehidupan selepas ini. Terima kasih atas segalanya…. (si anak kemudiannya memeluk kedua ibubapanya).

 “Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)

Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, di mana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya yg solehah. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?

Ya Allah, aku mendambakan seorang muslimah solehah sebagai isteri yang sah. Namun solehkan aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah.


copy paste, agar bermanfaat ^_^ ~mujahadahmujahid2013

Wednesday 30 October 2013

Tarbiah sahra’


~MEREKA TIDAK MEMINTA WALAU MEREKA BERHAK MEMINTA~

Aku terdetik, bertapa susahnya lalui hidup tidak beratap dan tidak berdiding, tetapi masih wujud manusia hidup tak beratap dan tak berdiding yang ku lihat, sayu hati ini memikirkan nasib anak-anak mereka, merempat di tepi jalan menjadi anak jalanan , masihkah ada nafas baru untuk mereka bangkit? Atau sehingga akhir hidup meraka akan begitu?

Aku merentasi angin sahra’ yang kuat, mata berkedip-kedip kerana kuatnya angin itu bersama pasir, hati ku berdoa, “ya Allah, kuatnya angin ini, lindungilah mataku dari masuknya pasir2 ini di dalamnya” dengan nikmat yang Allah berikan, aku punya bulu mata, alhamdulillah wa thuma subhanallah, penapis originnal ini yang Allah cipta,
Aku berjalan menuju ke perhentian bas untuk ke jamiah(university) berjalan selaju mungkin kerana aku mengejar masa yang suntuk, setibanya di jamiah, hatiku lega kerana masih ada waktu sebelum kelas bermula, aku terus berjalan ke bangunan quraisy yang terletak berdekatan dengan pintu utama university,dekat tidak dekat ambil masa 15 minit aku berjalan dari pintu utama ke bangunan tersebut,

Tekak terasa perit, hati ku terdetik “eh.. sedap pula air faraulah(strawbery) tu, sabar je lah, habis kelas pasti aku beli hehe” aku terus berjalan, dari jauh ku terlihat kelibat k.amalina, susuk tubuh insan yang aku kagumi akhlak dan sikapnya yang lemah lembut, aku melambai tangan dia membalas lambaianku, kami berjabat salam dan bertanya khabar.

“assalamualaikum akk.. “ aku memulakan perbualan
“w’alaikumsalam hanim, lamanya x jumpa.. sihat ka?”
“hehe alhamdulillah sihat akk, akk sihat?” tnya ku,
Alhamdulillah sihat juga, awak ada kelas ke?
Haah ada kelas bahasa arab,dekat qoah(dewan) 101” jawapku,

Ooh akk pon, tapi pintu bawah tu kunci, jom kita pegi ikot pintu atas..” ajak k.amalina, kami berjalan menuju ke pintu atas bangunan quraisy subhanallah ramainya orang arab melepak, dah xda dawam ke mereka ni?
“akk x berapa suka masuk bangunan ni sebab ni la”k.amalina seolah-olah memahami gerak hati ku
“haah kan akk, rasa lemas plak engok deorang melepak ni” balas ku,
“tu lah, hurm ok awak kelas akk kat atas tu, jumpa lagi yaa “kata k.amalina
“okey akk klas sya dekat bawah tu,ok jumpa lagi assalamualikum akk”
“byee w’alaikumsalam” kami berpisah di situ , aku berjalan menuruni anak tangga ke kelas 101, ya Allah ramainya orang arab ni, xda kelas ke eh? Hatiku terdetik

Menunggu seketika di situ tiada bayang pelajar malaysia di dalam dewan tersebut, aku mengambil keputusan untuk bertanya kepada orang arab ,

“assalamualiku, lausamah, hal yujad muhadhoroh huna?” (adakah ada kelas di sini?) tnya ku
“w’alaikumsalam, la, yujad imtihan al yaum .” jawap arab tersebut
“ooh , syukran.” Aku terkedu, kembali menaiki tangga untuk keluar dari bangunan, 

sememangnya tiada kelibat orang melayu di situ, macam mana ni, hatiku mula risau , seketika kemudian kelibat kawan arab ku muncul, haa lega hati ni rasa hehe

“asslamualiku, khefik syu akhbarik?” tnya rowan sambil menghulur salam, kebiasaan orng arab akan bertnya khabar dengan dua lahjah, dalam satu maksud yang sama , (apa khabar)
“w’alaikumsalam, alhamdulillah kuwayyis, wa anti?” tanya ku kembali
“alhamdulillah tamam, kheif imtihan ? syufki 3alamatik?”( bagaimana peperiksaan adakah awak sudah melihat markah?)
“wallah, musy arif,lakin atamanni kuwayyis, ameen “ aku menjawap...

Apabila sudah ada pelajar melayu datang, kami cuba mengakidkan kelas ada atau tidak hai ni, ternyata tidak kerana peperiksaan akan berlangsung pkul 11 pagi ini,kami bersepakat untuk pulang memandangkan kelas tiada, aku nubhan dan atikah pulang bersama menaiki bas, 15 minit menunggu bas penuh, tiba di tempat turun bas, di tangan ku masih berbaki air faraulah yang di beli tadi, memandangkan tekak kekeringan aku minum air tersebut sehingga hampir habis , baki masih ku pegang sementara mencari tong sampah.

Aku berjalan melepasi perhentian bas, mataku terpana kepada seorang kanak-kanak kecil yang duduk bersandar di tepi dinding pejabat polis, mukanya yang comot bajunya yang koyak, melihat aku berjalan sambil memegang air, langkah ku terhenti, kenapa dia tidak meminta? Dia hnya melihat, aku teringat kembali pada air botol yang ku bawa ke kelas tadi, untuk bagi air faraulah tu macam tak patut pula,Aku berjalan mendekati kanak2 tersebut.dia bangun berlari anak ke arah ibu dan ayahnya juga seorang adik lelakinya, aku memanggilnya,

“ukhti,ukhti... ta3al”aku memanggil, tetapi dia tidak datang, aku berjalan ke arah ibu dan adik lelakinya sambil memberi sebotol air .tanpa di tolak ibu itu mengambil air ku, sambil mendoakanku, aku hanya mengaminkan,luluhnya hati pabila melihat ayahnya, tidak mengangkat mukanya malah hanya menunduk ke tanah.
Ammu, bukan niat ana nk jatuhkan maruah ammu, yaa ana memberi ini bukan kerana kalian meminta, tetapi hati ini meminta untuk memberi kepada kalian, aku berjalan pulang dengan langkah yang sayu, ya Allah beruntungnya aku kerana masih mampu hidup di bawah atap dan hidup berdidingkan batu.
Alhamdulillah wathumma alhamdulillah.,

Aku berharap agar menjadi isteri yang baik untuk suamiku yang baik, biar namanya wangi hingga ke syurga , cukuplah hidup dengan dosa, walaupun sedikit, padamkanlah dosa dengan kebaikan,ya Allah terimalah amalan kami walau sebesar zarah, ameen


Catatan mujahadahmujahid-2013- 

Sunday 27 October 2013

Anugerah Terindahku ~2~

Catatan 2.

Bersabarlah dengan ketentuan Allah

Sememangnya kita tidak tahu di sebalik perancanganNya,

Kebaikan dan hikmah yang Allah sediakan,

Bukan kita tidak beusaha,

Tetapi Allah mahu kita lebih bersedia menghadapinya,

Melangkah ke alam baru ,

Bukan benda yang mudah,

Adakah kita sudah bersedia??

Mengemudi bahtera rumah tangga saat inii?

Allah mahu kita perbaiki bahtera iman kita,

Sebelum mengemudi bahtera iman yang laen

Sungguh aku masih belum mampu menjadi ibu sehebat siti fatimah

Belum mampu menjadi isteri sehebat sumaiyya,

Tetapi sedang mencuba kearahnya,

Mujahid, tunggu lah diri ini sehingga Allah mengizinkan aku menjadi milikmu,

Krana kini Allah masih mahu aku menjadi hambanya yang solehah,


Perkahwinan itu seperti jurutera dan buruh,

    Jurutera(Allah) dengan kebijaksanaannya melukis dan meletakan ukuran dan lukisan yang terbaik untuk sebuah rumah yang sangat cantik, dengan kecantikan rumah itu ramai yang ingin membelinya, datang seorang demi seorang inginkan reka bentuk rumah seperti itu, jurutera itu mampu melukis berjuta-juta lukisan seperti itu, tetapi, jurutera tidak membuat bangunan tersebut, 

    Yang membuat dan membangunkan bangunan rumah tersebut ialah para buruh, yang hanya mengikut apa yang telah jurutera lukiskan, datang seorang buruh menawarkan diri untuk membuat dan membangunkan bangunan tersebut, di sebabkan rumah itu sangat rumit , menyebabkan ramai buruh tarik diri dan mengalah, ada yang berjuang untuk membina juga rumah tersebut, tetapi akhirnya gagal dan rumah itu tidak menjadi.

    Jurutera hanya mampu melihat dan tidak mampu melakukan apa2 kerana semuanya dia telah lukis dan aturkan yang terbaik, hnya buruh-buruh tersebut terlalu terburu-buru mahu menyiapkan dan tidak mahu mengikut apa yang telah jurutera itu letakkan, sememangnya membangunkan bangunan itu bukan bidang tugas jurutera, tetapi setiap ukuran bentuk rumah dan semua yang ada di dalam lukisan itu, telah pun di kaji dan di tetapkan pada kadar yang terbaik untuk reka bentuk rumah tersebut. 

   Begitu juga perkahwinan, seperti Allah dan suami isteri,

Allah telah meletakan garis panduan dan contoh yang terbaik untuk kita ikut iaitu baginda rasulullah s.a.w dan garis panduan syariat yang Allah tetapkan di dalam kitabNya, tetapi tetap juga manusia ingkar dan tidak mahu mengikut apa yang Allah tetapkan, so….. letaklah Allah di antara kita kerana Allah lah penghubung kasih sayang hambaNYA,……..

mujahadahmujahid~2013~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...