Catatan
2.
Bersabarlah
dengan ketentuan Allah
Sememangnya
kita tidak tahu di sebalik perancanganNya,
Kebaikan
dan hikmah yang Allah sediakan,
Bukan
kita tidak beusaha,
Tetapi
Allah mahu kita lebih bersedia menghadapinya,
Melangkah
ke alam baru ,
Bukan
benda yang mudah,
Adakah
kita sudah bersedia??
Mengemudi
bahtera rumah tangga saat inii?
Allah
mahu kita perbaiki bahtera iman kita,
Sebelum
mengemudi bahtera iman yang laen
Sungguh
aku masih belum mampu menjadi ibu sehebat siti fatimah
Belum
mampu menjadi isteri sehebat sumaiyya,
Tetapi
sedang mencuba kearahnya,
Mujahid,
tunggu lah diri ini sehingga Allah mengizinkan aku menjadi milikmu,
Krana
kini Allah masih mahu aku menjadi hambanya yang solehah,
Perkahwinan
itu seperti jurutera dan buruh,
Jurutera(Allah)
dengan kebijaksanaannya melukis dan meletakan ukuran dan lukisan yang terbaik
untuk sebuah rumah yang sangat cantik, dengan kecantikan rumah itu ramai yang
ingin membelinya, datang seorang demi seorang inginkan reka bentuk rumah
seperti itu, jurutera itu mampu melukis berjuta-juta lukisan seperti itu,
tetapi, jurutera tidak membuat bangunan tersebut,
Yang
membuat dan membangunkan bangunan rumah tersebut ialah para buruh, yang hanya
mengikut apa yang telah jurutera lukiskan, datang seorang buruh menawarkan diri
untuk membuat dan membangunkan bangunan tersebut, di sebabkan rumah itu sangat
rumit , menyebabkan ramai buruh tarik diri dan mengalah, ada yang berjuang
untuk membina juga rumah tersebut, tetapi akhirnya gagal dan rumah itu tidak
menjadi.
Jurutera
hanya mampu melihat dan tidak mampu melakukan apa2 kerana semuanya dia telah
lukis dan aturkan yang terbaik, hnya buruh-buruh tersebut terlalu terburu-buru
mahu menyiapkan dan tidak mahu mengikut apa yang telah jurutera itu letakkan,
sememangnya membangunkan bangunan itu bukan bidang tugas jurutera, tetapi
setiap ukuran bentuk rumah dan semua yang ada di dalam lukisan itu, telah pun
di kaji dan di tetapkan pada kadar yang terbaik untuk reka bentuk rumah
tersebut.
Begitu
juga perkahwinan, seperti Allah dan suami isteri,
Allah
telah meletakan garis panduan dan contoh yang terbaik untuk kita ikut iaitu
baginda rasulullah s.a.w dan garis panduan syariat yang Allah tetapkan di dalam
kitabNya, tetapi tetap juga manusia ingkar dan tidak mahu mengikut apa yang
Allah tetapkan, so….. letaklah Allah di antara kita kerana Allah lah penghubung
kasih sayang hambaNYA,……..
mujahadahmujahid~2013~
No comments:
Post a Comment