Sunday, 27 October 2013

Anugerah Terindahku~







Dia .. Anugerah Terindahku


Catatan pertama….~

Di sini kita kenal , perkenalan yang Allah aturkan, dalam kesibukan kitab pelajaran Allah temukan aku dengamu, tanpa ku sedari dan ku pinta, Allah campak rasa itu jauh dalam hati ini, jauh mendalam perasaan ini ku biarkan ia mengalir menjadi darah sehingga kini Allah masih menjadikan ia darahku,
Bersyukur dengan  lafaz,Alhamdulillah, itulah nikmat Allah, menjadikan aku hamba yang lemah selalu akur dengan takdirnya, di sebalik tirai ujian, Engkau hadirkan dia di sebelahnya, tertutup dia di sebalik tirai air mataku, dia tidak pernah berganjak walau seinci, malah semakin mendekati, kenapa dia yang Engkau hadirkan?

    Ku nafikan hadirnya, dalam diam dia menanti sehingga aku membuka ruang di hatiku untuknya,  masih aku hanyut dengan ujian Allah , tidak henti-henti air mata menjadi teman setiaku, dan dia juga insan yang setia di sebalik air mata itu, kata-kata semangat darinya membbuatkan aku nekad untuk kuat di sebalik pertolongan Allah, Allah sentiasa menjadi perantaraan aku dan dia saling mendoakan antara satu sama lain.

    Kami cuba memahami antara satu sama lain, walau tanpa kalam ia tetap berbicara, tindakkanya  menjadi cara untuk dia lahirkan apa yang di pendam, aku bukan wanita hebat wahai mujahid, aku bukan wanita yang kuat buatmu, tetapi kenapa masih engkau memilihku?

   Satu persatu ugutan dan ancaman ku terima, aku lalui semuanya bersama semangat mu, inilah kilafku yang tidak akan pernah ku lupai, aku terlalu cepat membuat keputusan tanpa memikirkan apa yang bakal ku hadapi ke hadapan, kini nasi sudah menjadi bubur, tiada lagi sesalan selain sabar dan berserah kepada Allah,tempias kesalahanku dia turut merasai, maafkan ku mujahid,
Bukan niatku untuk mengaitmu dalam permasalahan ini, tetapi Allah pilih engkau untuk hadapinya bersamaku, kerana Allah telah merancang sesuatu di sebalik itu , kata maaf dan seribu kemaafan ku mohon untukmu mujahid, ku tahu sakitnya kata-kata itu padamu, tetapi engkau tetap kuat, Alhamdulillah sehingga kini engkau kuat, sentiasa matang menyelesaikan masalah membuatkan aku kalah dengan egoku,

    Kerana  cinta yang tidak pasti, aku telah merugikan separuh masaku, da merugikan separuh hatiku, maafkan ku mujahid, andai dulu separuh hati ini di curi, tetapi kini seluruh hatiku telah engkau miliki, kerana kesabaranmu, kerana kematangamu, kerana  keperibadianmu membuatkan aku jatuh hati denganmu, semakin lama semakin aku sakit menahan rasa itu kerana Allah menjadi perantaraan cinta kita, kesakitan yang di alami menjadi manis.

    Allah masih menguji saat ini,sejauh mana kita meletakan Allah di antara hubungan kita, aku akui kadang kala aku mendahului nafsu kerana sangat merinduimu,  tetapi Allah mengetuknya kembali, menyedarkan aku atas apa yang ku lalui, ya Allah ampunilah aku! Ini salahku, jangan engkau hukum dia kerana salahku, terimalah taubatku, ku damba keredhaanmu ya Allah,
Engkau masih di sini, tersenyum bahagia tanpa setitis air mata, aku turut bahagia , kau datang dengan hormat di dalam keluargaku dan aku cuba menjadi sebahagian dari keluargamu, kali pertama melihat ummi dan bersalaman denganya, hati ini sebak, terara mahu menagis, dia seperti ibuku, memeluknya seperti memeluk ibuku,seperti mana diri ini menyayangi ibuku, seperti itu jua lah aku sayangkan ummi, jangan risau wahai mujahid, abah ku seperti abahmu, mahukan yang terbaik buat anaknya, ketegasan mereka adalah kasih sayang, sehingga nanti Allah izinkan diriku di jaga oleh mu, jagalah aku sebaiknya, kerana aku berjanji akan setia di sisimu selalu,

   Amanah itu belum Allah berikan kepadamu, kerana masih ada yang Allah mahu kita pelajari , kita belajar untuk memilih dan bernekad, kini Allah menguji sejauh mana nekad kita dengan apa yang Allah berikan, subahanallah,
Ya Allah,

Sememangnya akulah hamba yang hina,
Masihkah ada keampunan darimu buat ku?
Adakah masih engkau menerima taubat hamba yang lemah ini ya Allah?
Berikanlah aku kekuatan untuk terus berada di dalam maqfirahmu ya Allah …
Ameen ya rabb,

KUPILIHMU KERANA ALLAH

Mujahid,

Bukan kita minta untuk jatuh cinta,
Tetapi Allah yang mencampak rasa
Bukan kita minta untuk bersama ,
Tetapi Allah masih memeliharanya ,
Kita saling menaruh impian,
Kerana kita tahu adanya Tuhan,
Kita bersama mencari jalan ,
Kerana kita mahu mara ke hadapan,
Jangan takut untuk  ke hadapan,
Kerana kta ada impian,
Jangan takut di landa taufan,
Kerana ia ujian dari tuhan,
Berdiri teguh kuatkan iman,

Semoga Allah membuka jalan, Terima kasih alby qalby, kerana ada dengan ku  saat Allah labuhkan tirai ujian untukku, terima kasih kerana terus berdiri di sebaliknya dan bersabar dengannya, ujian ini terus menjadi pengajaran buatku, Alhamdulillah

`~mujahadahmujahid~2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...