YA
ALLAH, AKU CINTA PADANYA…
“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”
Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis.
Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa
berbincang bersama kedua ibubapanya…
Anak
: Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada
pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas
pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya,
cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di
dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit
mimpi.
Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya…
Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah
dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si
bapa yg berada si sebelahnya).
Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah,
sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini
abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah
mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu…
InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…
Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu,
abah… Along cukup menghargai jasa ibu dan abah selama ini terhadap along. Ibu,
gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang
baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh
penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……
Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?
Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan
untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa
solehahnya gadis itu ?
Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang
solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang
baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya.
Isterinya kemudianya membalas senyuman itu).
Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama
muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.
1. Sejauh manakah along telah mendalami 3 bidang ilmu ini ?
Ada 3 bidang ilmu dalam kerangka Islam iaitu Ilmu Aqidah,
Ilmu Fiqh dan Ilmu Tassauf.
Abah lihat ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk
belajar hukum hakam dalam ibadat wajib namun pada masa yang sama turut
melakukan perbuatan-perbuatan syirik.
Along, sebagai pemimpin keluarga, jika tidak lebih,
sekurang-kurangnya perlu setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh isteri kita.
Bukankan kita pemimpin untuk dirinya ?
Kalau tidak salah abah, sewaktu di sekolah pondok, along
diajar mendalami kitab Anak Kunci Syurga, kitab Muhimmah dan Penawar Bagi Hati
kan ?
Abah lihat di kedai-kedai buku sekarang sudah ada yg telah
diterjemahkan ke dalam tulisan rumi. Kalau dahulu semua ini di dalam tulisan
jawi dan bahasa arab.
Kalau along nk mengingati kembali huraian kitab-kitab itu,
abah lihat banyak video-video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dr
Abdul Basit Abdul Rahman dan Ustaz Shamsuri Ahmad mengenainya di dalam
youtube.com. kalau nak dengar mp3 pula abah lihat ada di mymaktabaty.com.
Kitab ni kita tidak boleh pandai-pandai nak baca sendiri.
Boleh jadi tersasar pemahaman kita. Ialah kan, bahasa yang digunakan pun bahasa
lama. Kenalah mencari guru untuk mengajarnya.
2.
Bagaimanakah dengan keadaan fizikal dan mental along? Berkahwin bukan sahaja
untuk menyalurkan kehendak fitrah pada jalan yang halal, tetapi juga medan yang
penuh dengan komitmen. Anak along misalnya, boleh menjadi sama ada amanah yang
menguntungkan atau fitnah yang membinasakan. Along juga perlu menjaga keperluan
zahir dan batin isteri. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat juga perlu
dijaga.
Along sebagai anak perlu juga tidak membelakangi hak-hak
ibu, abah dan kedua bakal mertua along. Terimalah mereka sebagai sebahagian
dari keluarga along ye. Kerana pernikahan juga merupakan proses untuk
menyatukan dua keluarga.
3. Adakah along menyedari bahawa kehidupan kita ini tidak
pernah sunyi dari masalah? Abah bimbang along terjerumus dengan khayalan bahawa
ke semua yang kita rancangkan akan menjadi sempurna seperti yang diharapkan.
Sedarlah bahawa ke semua ini berada di bawah qudrat dan iradat Allah S.W.T.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak
Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.
Along, boleh jadi selepas kahwin. Isteri along tidak lagi
secantik seperti sewaktu di awal pernikahan. Komitmen terhadap tugasan juga
adakalanya boleh menjadi punca regangnya hubungan yang sedia terbina. Boleh
jadi along atau isteri ditimpa musibah, sakit misalnya. Ketika itu, adakah
along tetap akan menyayangi isteri sepertimana di awal pernikahan ?
Boleh jadi juga ada unsur-unsur cemburu dan khianat
terhadap kebahagian rumah tangga along. Boleh jadi hadirnya orang ketiga. Boleh
jadi tomahan-tomahan dilemparkan. Boleh jadi juga ada yang begitu kejam sanggup
menyihir keluarga along. Bersediakan along untuk itu ?
4. Tahukah along apakah dia rahsia keluarga yang bahagia ?
Keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai unsur – unsur syurga dan sifat –
sifat mahmudah di dalamnya. Apakah unsur – unsur itu ?
Antaranya ialah kejujuran dan kebenaran. Jujurlah pada
pasangan. Jangan berahsia dan berkata benarlah sesuatu perkara yang mana jika
tidak diceritakan terlebih awal akan memudharatkan. Elakkan pembohongan
meskipun di dalam gurauan.
Selain itu sentiasalah bermusyawarah bersama ahli keluarga.
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersedia memimpin dan dipimpin. Yang
lain-lain abah pasti along sedia maklum bukan ?
Along, perkahwinan merupakan sesuatu yang mengikat kita
kepada suatu komitmen yang besar. Jika along masih mengingini peluang untuk ke
sana ke mari menikmati kebebasan bagi melakukan aktiviti atau perkara-perkara
yang disukai, perkahwinan akan menjadi sesuatu yang lebih membebankan.
Bersedialah untuk mengubah cara hidup agar sesuai dengan
tanggungjawab yang dipikul. Abah yakin dengan kemampuan along untuk itu.
Anak : Terima kasih abah dan ibu. Along berjanji akan
menjadikan nasihat tersebut sebagai panduan untuk mengemudi kehidupan selepas
ini. Terima kasih atas segalanya…. (si anak kemudiannya memeluk kedua
ibubapanya).
“Kalau suka,
jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak
bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata?
Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita
di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik
Cintaku Setelah Allah dan Rasul)
Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu
cintanya yang sejati, di mana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada
HambaNya yg solehah. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu
kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?
Ya Allah, aku mendambakan seorang muslimah solehah sebagai
isteri yang sah. Namun solehkan aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah
ini Ya Allah.
copy paste, agar bermanfaat ^_^ ~mujahadahmujahid2013

No comments:
Post a Comment