kini
hatiku sudah di miliki,
sepenuhnya
di miliki oleh insan bergelar suami..
alhamdulillah,
bahagia
yang Allah pinjamkan ini ku hargai,
taat
setia hanya untuk dia dan Dia....
awal
pernikahan,
aku
tidak menyangka dia “jodohku”
kerana
dia terlalu baik bagiku,
terlalu
sempurna di mataku,
sedang
aku lemah dan kaku saat itu,
menjadi
miliknya adalah anugerah bagiku,
semakin
hari cinta ini semakin mekar,
kami
melalui fasal demi fasal seperti insan lain,
ada
salahku, di betulkan,
ada
lemahku, di beri kekuatan
Allahurabby,
terasa malu kepada Allah
Atas
anugerah ini, terima kasih Allah.....
Ku simpan
jauh cinta ini dalam hati ku,
Jauh
dalam di lubuk hatiku,
Biar
ia dalam sedalam doaku ...
Berharap
agar ia terus kekal menjadi kekasih dunia dan akhiratku,
Cemburu?
Sifat
ini ada pada semua,
Walau
seorang kekasih Allah turut punya rasa cemburu,
Kerana
itu fitrah, bukan fitnah!
Cemburu
andai nanti aku x mampu menjadi bidadari untuknya,
Walau
aku mahu menjadi ketua dari berjuta bidadari,
Andai
dia soleh ya Allah, jadikanlah aku solehah,
Biarkan
kami semadikan cinta kami dalam syurga yang Abadi,
Ameeen.....
untuk suamiku~
Mujahadahmujahid2013
No comments:
Post a Comment