Dugaan itu Kekuatan ~
Dalam perhubungan seseorang manusia mustahil tiada ujian di
dalamnya, ujian dan dugaan itu adalah pemanis bagi sesebuah perhubungan di situ
kita dapat memperbaiki apa yang salah dan apa yang betul, setiap perhubungan
tidak kiralah dalam sesebuah persahabatan, pertunangan, dan perkahwinan
sekalipun, ia tetap berlaku,
Seorang pasangan tidak boleh terlalu mencari keistimewaan
pasanganya kerana tiada manusia sempurna di dunia ini yang patut kita menerima
ialah baik dan buruknya sebagai pasangan kita, jika benar kita mengatakan kita
cinta dan syangkan dia, kenapa perlu kita mencari kasih cinta dan sayang itu
dengan kesempurnaan dia?
Kita belajar menjadi pelengkap kelemahanya, dan dia cuba
menjadi pelengkap kelemahan kita, membina rumah tangga yang bahagia itu,
bermula dari niat pertama kita mengenali si dia.. kita kenal dia dengan
kelemahan dia, sebelum kita kenal dia dengan segala kelebihanya.
Persahabatan ,
Kita bersahabat kerana Allah kita tidak akan pernah berasa
iri hati denganya, malah kita lebih mengenalinya, bergembira dengan
kejayaannya, bersedih dengan kesedihannya tetapi menjadi penguat
kelemahnya semakin jauh kita dari
sahabat kita semakin sayang kita kepadanya, itulah persahabatan yang
sebenarnya, bukan bersahabat di saat dia gembira dan tinggalkanya saat dia
susah, oleh itu, binalah ukhwah kerana Allah perpisahan juga kerana Allah,
Pertunangan dan perkahwinan,
Di sini, berkaitan hati, setiap manusia di dunia ini
mempunyai segumpal darah yang Allah telah jadikan ia pusat kepada seluruh jasad
kita, fitrah bagi seorang perempuan menyukai seorang lelaki dan seorang lelaki
menyukai seorang wanita, kerana Allah menciptakan makhlukNya dengan berpasangan
, di sini, Allah letakan jalan untuk menyucikan sesebuah perhubungan antara
lelaki dan perempuan, melalui perkahwinan , dan perkahwinan itu bukan lah satu benda
yang mudah , membina usrah mawaddah wa rahmah yang Allah janjikan rahmat di
dalamNya ,
Seorang lelaki belajar menjadi suami, anak, dan ayah yang
baik, dan seorang perempuan perlu belajar menjadi isteri , anak , dan ibu yang
baik untuk menjadi contoh kepada anak-anak, aset dunia dan akhirat seseorang
wanita adalah anak yang soleh/solehah, bukan harta dan kemewahan duniawi,
Jika tiada persediaan yang kuat kita mungkin akan lemah untuk mendidik
anak-anak menjadi soleh/solehah, kerana masalah peribadi suami isteri sendri
tidak dapat di selesaikan, kita akan hadapi masalah untuk mendidik mereka
kerana kita hanya memikirkan masalah kita , sedangkan anak-anak perlukan perhatian
ibu bapa, nauzubiillah.
Terimalah kelemahan dan kelebihan pasangan masing-masing
seadanya saling menghargai antara satu sama laen, saling bertolak ansur dengan
keadaan satu sama laen dan membimbing antara satu sama laen, kukuhkan
perhubungan dengan meletakan Allah di dalam perhubugan dan sunnah panduan
hidup. Berdoalah semoga Allah menegur kita dengan kesalahan yang kita lakukan
tanpa kita sedari..
Membina rumah tangga yang bahagia dunia akhirat ^^ ~ untuk
mujahid.


No comments:
Post a Comment