Mak abah,
Insan
yang sentiasa tenang dengan kerenah anak-anak mereka, tiada keluh kesah di
keluarkan kecuali senyuman yang di ukirkan, merekalah role model bagi seorang
anak, baik ibu, baiklah anaknya, perkataan pertama yang di sebut oleh seorang
anak ialah emak dan ayah.. kerana insan ini
lah yang paling hampir dengannya,
Mengenali
dua insan ini, menjadi satu anugerah buat seorang anak, kerana mempunyai insan
yang sentiasa sayangkan anak-anak mereka dan menerima baik buruk anak-anak mereka,
tugas ibu bapa menjaga dan mendidik fitrah dan amanah yang Allah berikan,
alhamdulillah, diri ini di kurniakan 2 insan yang sangat penyanyang dan
mengasihani diri ini sejak kecil,
Ya,
diri ini akui, kenakalan sebagai seorang anak, yang kadang-kadang menjadi beban
pada mak abah, tetapi mak abah insan yang x pernah merungut ia satu beban,
memberi dengan secukupnya keperluan dan kasih sayang,
Masih
ingin semasa kecil, setiap kali menaiki motosikal dengan abah, alunan surah2
pilihan selalu abah bacakan, dan hanim turut mengikut setiap surah yang d baca,
abah sangat penyayang, biarpon muka garang tp hati abah 100% laen,pengorbanan
abah sangat besar,
Menadi
rutin harian ku menghafal jadual kerja abah, bila d asrama , berharap dapat
melambai abah dari tingkat 2 koridor asrama, abah sudah faham setiap kali lalu,
van yang abah naiki akan perlahan lalu dan dri situ hanim melihat abah melambai
tangan, subahanallah saat itu, rasa rindu terubat serta merta, begitu juga mak,
mak x akan makan sedap2 kalau kami semua x berkumpul, mungkin hnya nasi ulam
dan ikan kering menjadi santapan harian, atas sebab, mak tak sampai hati makan
, makanan kegemaran anak2nya saat anak2nya tiada d situ, dan mak akan menjadi
orng paling happy sekali bila kami adik beradik berkumpul,
Semua
makanan kegemaran mak masakkan, abah pula saat tu sama-sama denganku dan mak d
dapur, masak untuk mkan beramai2... abah campion masakkan, tak di nafikan mak
bayang belajar masak dri abah, even makan tu simple, tp sangat sedap, dan hanim
mempelajari cara membuat stik goreng dari abah, cubaan pertama buat, angahlah
orng pertama yang rasa, haha....
Angah
cerewet orngnya,teliti dia melihat stik yang hanim buat, angah complain hangit
la , keras la mcm-macam lah tp sebenarnya dia belum rasa lagi.. tp bila dia
rasa habis juga 1 pingan stik tu, haa abah dah ajar dah mcm mna nk lembutkan
daging tu so tipu lah kalau daging tu keras, hehe dah 1 jam perap daging tu
dengan gula n bahan2 laen..sayang abah mak...
Dan
mak pula orng yang sangt tabah n cerdik sebenarnya, mak selalu pesan “ kakak
jangan bergantung hidup dengan orang, belajar berdikari dan jangan susahkan
orng “ inshaAllah hanim akan ingt
pesanan mak , alhamdulillah syukur kepada Allah krana kurniakan keluarga yang
bahagia untuk ku, biar tidak kaya harta, kayalah budi, selamat hari mak abah ,
setiap hari kakak adalah hari mak abah, n i love you mak abah.

No comments:
Post a Comment